Thursday, June 26, 2008

Erti Cinta

Di dalam kedinginan jiwaku
Kau hadir mendekap erat kalbuku
Dalam kesendirian nuraniku
Kau temani aku dengan kemesraan

Dalam kegalauan jiwaku
Kau hadir untuk menghiburku
Dalam kesepian malamku
Kau hadir dalam indahnya mimpiku
Tiada yang kupikirkan selama ini
Kecuali aku merasa berarti bersamamu
Kan kuayun langkahku ini
Bersama irama kerinduan
RIndu slalu menyelimuti hatiku
Tak ada sesuatu terindah untuku
Kerana kau segala-galanya bagiku

June....

Jun datang lg...i'm quit bz with meeting and demo new library overtime system..yelah..nak present kat Senior Director HR..ahaks..kena puji aa...

16th,ader meeting SIG(Special Interest Group) Pegawai/Pustakawan Sistem kat UPM,aku kena jd secretary..ahaks..diorang nih jahat sungguh buli setiausaha..mentang2 la tak ramai pompuan..but i'm enjoyed meeting them and share the idea's about new technology in librarian world.....esoknyer terus aku buat minute meeting..laju gile aku buat...hehe..betul ke idak..wallahualam..tu pengerusi kena edit maa...

And then....

It's my birthday on 18th...ape lg..mlm 17th tu celebrate ma...dapat mkn kat Secret recipe..ader org banje aa...heheh...terima kasih..esoknya dapat byk la wish from my friends...:)

What i wish in my birthday

1) Hopefully i can further my study-continuing in Master (maybe KM)
2) Dapat handphone baru aa..
3) K****N


Entahla kan..kalau dpt best la kan...Tapi itukan takdir...kita berusaha tapi Allah Taala jua yang menentukannya...

Tuesday, June 10, 2008

Again and again...

Smlm airmata ku tumpah jua...sedih...

- silent -

Renungan....

RENUNGKAN assalamualaikum, Renungkan…….. ,

Hayati dan fahami…

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Renungkanlah...